Wednesday 7 March 2018

Teh Kurus Buang Lemak

Assalamualaikum 💜

Lama betul kan tak berborak panjang dalam entry. Rindu betul rasanya.


Harini aku nak share sikit mengenai satu produk yang tengah viral sekarang ni.

Iaitu teh kurus buang lemak atau namanya Teatox Medina Desire.

Korang pernah dengar tak? Mesti pernahkan ? Kalau pernah bagus.



Tea ni ada 2 pack dalam 1 set.
Pack pertama Kaki Cantiq  warna pink minum waktu pagi 30 minit sebelum sarapan.

1 pack lagi, Slimyou Dytox Tea warna kuning minum sebelum tidur.




Testimini berjaya 👇




























Alhamdulillah. Kebanyakan customer berjaya turun berat dalam masa kurang 1 bulan. In sha Allah korang pun boleh. Korang yang ada masalah berat badan atas 58kg/tinggi bawah 155 kg sgt2 dialukan untuk cuba.

Yg dah kurus tu tak payah laa nanti terlebih kurus pula.😂

Harga?
1 set RM40
Belum masuk postage

Postage rm8sm rm12ss

Untuk info details boleh wasap tau
60146365066



Jumpa di next entry ok 😘

Thursday 18 May 2017

Ubat Sakit Pinggang untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum.

Glad to share dengan korang tentang produk bagussss ni.

Mommy Relief for preggy mommy!



Actually MR ni baru je launch beberapa minggu lepas, dalam 2 minggu lepas. Tapi jualan dah cecah 2 ribu unit gais!




Kalau you gais nak tahu, MR ni sejenis Essential Oil yang direka khas untuk preggy mommy yang tengah sarat mengandung tu. Yelah, dorangkan selalu sakit-sakit badan, lenguh kaki, sakit belakang dan macam-macam la sakit dorang.




So, kat malaysia ni jarang ada minyak yang boleh dibuat urut untuk melegakan sakit-sakit mommy ni kan.

Yela,kesian dorang. Nak pergi berurut, tak boleh urut sembarangan bila preggy ni, nak makan ubat, lagi laa doc tak bagi sebab boleh bahayakan baby dalam kandungan. So how la ?



Yas! That is why Mommy relief ini dicipta untuk kamu wahai preggy mommy sekalian. Jangan risau, MR 100% pati tanpa alkohol, natural dan halal. Memang dah ada sukatan dah dalam MR ni. So mommy jangan risau ok.

Apa kandungan dalam MR ni? Ingredients?

💜 Kaffir Lime steam distill
💜 Minyak kelapa dara
💜 Lavender
💜 Peppermint
💜 Eucalyptus
💜 Patchouli
💜 Rose geranium

Yass! Bahan dalam mommy relief ni sgt2 bagus ugais.

So abam2 kat luar sana kalau ada isteri yang selalu mengadu sakit sakit badan tu belikan isteri uols MR ni ok.




Oh yaa, lagi satu nak bgtau, bukan preggy mommy je yg boleh pakai tau, ibu lepas bersalin pun digalakkan. Abah budak.pun boleh pakai bawak solat. In shaa Allah berkesan. 


Awak nak order Whatsapp saya ya +60146365066 (syu). 
Sebotol RM34 tahan 1-2 bulan. Jimat kan ?

Wednesday 10 May 2017

Tahun yang busy!

Assalamualaikum silent readers!

Lama kan aku tak update blog. Blog pun dah rupa apa dah. Actually, masa aku tengah menulis entry sekarang ni, aku tengah masak tau. Kahh! Memasak sambil menulis entry blog, sebelah tangan pegang senduk, sebelah tangan lagi pegang phone. Gila multitasking! Eh!

Entry kalini santai-santai je aku tulis, saja nak tulis blog nak bagitahu yang aku masih wujud. Aku masih hidup belum mati lagi oi! Hahahha.

Jumpa dilain entry ok. Ikan atas api tu macam nak hangis je.

Monday 27 March 2017

Kesiann

Assalamualaikum!

Sekarang tepat jam 12:01AM,
buang tabiat ke pe update blog memalam 😅

Ahak! Kesian blog ni terabai. Disebabkan daku yang terlalu busy sejak dua menjak tiga menjak ni, maka aku tak da masa nak mengesahkan blog ni.

Yang mana ada follow blog ni, sila jangan bosan. Ohh yaa, follower pun ada dua ketul. Hahaha sedih diknon. Takpa, blog lama dah tak boleh bukak, so kita create blog baru.

Hokey, esok update lagi ye, mood sendu jap sebab pakwe hilang entah kemana 😭

Good night!

Saturday 4 March 2017

Impian Seorang Picisan

Assalamualaikum 💜


Dari kecik lagi saya suka pada kecantikan. Ingat lagi sewaktu umur saya 5 tahun rasanya, saya suka curi-curi pakai gincu mama. Entah kenapa nampak je gincu 'happy' gila. Sampai patah laa gincu saya tenyeh. Haha

Entah kenapa waktu tu, suka sangat dengan lipstick. Mungkin sebab ikut jejak mama saya dulu.

Sampai lah bila dah besar ni makin membuak buak perasaan suka tu, nampak je benda cantik, sukaaa, nampak je benda cantik, sukaaa. Memang suka laa tengok benda benda yang cantik. Tapi dah namanya perempua, memang kebanyakannya suka bab kecantikan ni.

Disebabkan terlalu taksub dengan bab kecantikan, lalu lepas SPM saya terus apply diploma dalam pengurusan kecantikan. Tapi, mulanya dapat tentangan dari ayah.

"Kamu betul ke nak ambik bidang tu? Kamu dah fikir elok elok ke? Ade ke kerja nanti? Jangan lepas belajar mengangur dah laa.. "

Bila ayah cakap macam tu, memang sedikit sebanyak rasa 'down'. Semangat menurun. Rasa macam ditampar tampar dilempang lempang sebab apa yang kita nak tak disetuju. Sakitnya tu disini di dalam hati ku tauuu rasanya.

Tapi, biasa laa dulu umur 19 tahun memang perasaan memberontak, saya pulak jenis yang kalau nak, memang nak jugak. Darah muda la katakan, ikot je hati ni.

Alhamdulillah, lepas 3 tahun belajar dalam bidang kecantikan, saya berjaya mendapat segulung Diploma. Sebab minat yang mendalam dalam bidang kecantikan, In shaa Allah, suatu hari nanti saya akan keluarkan produk kecantikan dan kesihatan untuk kulit. Mohon yang membaca cerita saya ini mendoakan kejayaan saya. In shaa Allah.

Ikot lah kata hati, jika betul betul nak, buat sampai jadi dan buktikan pada orang yang merendahkan kita yang kita mampu buat.




Belajar Menulis

Assalamualaikum 💜

Sedar tak sedar dah hampir dua minggu belajar menulis dengan Tuan Fendy, yang berkhidmat sebagai Senior Optical Consultant di Ipoh.

Perasaan kali pertama tu memang 'excited' sebab saya memang suka menulis sejak tahun 2011 di blog. Walaupun penulisan saya tunggang langgang dan syok sendiri, tapi saya tetap nak juga belajar menulis. Orang kata menulis ni dapat menenangkan jiwa dan meluahkan ilham.

Pernah suatu dulu, saya bercita-cita nak menjadi seorang penulis buku Fixi. Jangan gelak tau, sebab tu impian saya masa tu haha. Ingat lagi waktu mula-mula Tuan Fendy bagi beberapa tugasan untuk saya siap kan, perasaan menulis buat kali pertama dengan cara berhemah tu memang payah juga, sebab saya biasa menulis dengan gaya kampung, pasar dan santai. Memang 'berdebor' bak kata orang Perak. Memang takda 'confident' level yang tinggi.

Tapi, berkat ilmu saya yang senipis kulit bawang ni saya pun 'apply' dalam tugasan. Tak apa la kalau Tuan nak komen teruk pun asalkan teguran tu membina. Lagipun Tuan dan janji nak ajar sampai pandai. Terus bersemangat waja 💪

Lepas selesai siapkan tugasan yang Tuan Fendy bagi, malam tu saya terus 'submit'. Dalam hati ni apalah yang Tuan akan komen. Lama dah tak menulis, saya rasa memang 'hancus' laa.

Tuan Fendy typing..............

"Good job akak! Bagus! Akak ada bakat menulis, jangan sia-siakan, buat story hari-hari tau.."

Dapat je whatsapp dari Tuan Fendy, terus kembang setaman. Haha cuma ada la dia tegur tegur sikit mengenai ayat-ayat. Tapi allahamdulillah, sejak belajar dengan Tuan Fendy ni saya sendiri dapat rasakan memang banyak 'improvement' dalam penulisan saya. 'Excited' nak belajar lagi. Terima kasih Tuan.

Tuesday 28 February 2017

Angan-angan Mat Jenin


Assalamualaikum 💜



Sayang, kenapa awak terlalu sexy. 😭
nanti saya beli awak berdua okeh!

Haritu cakap dengan Joe. .

"B, nanti kita dah kaya kan, sayang nak audi r8 seketul dengan Range Rover tauu.."
.
. "Beli laaa sayang, bukan takat Audi seketul , kilang Audi tu kita boleh beli sekali" 😂😂😂 . .
Kamain dia perli aku tauuu. Hahahhaa .
. "Okeh, nanti sayang bagi 1 biji kereta kat b, b nak kereta apa?" .
.
.
"Ermmmm beli kan b kancil jela, mcm kancil merah b lama tu, b nak 10 biji mcm tu. B taknak kereta lain, nak kancil tu je"

Berdekah juga aku gelak.

Kami kalau cakap dalam fon tak lain mesti berangan nak itu ini, semuanya macam tak masuk akal punya berangan.
.

Tapi siapa tahu, bermula dengan berangan tetiba menjadi kenyataan, suatu hari nanti aku mampu beli. Kuasa Allah. Cuma kena usaha jela. 💪

#joesyuaberangan
#nsbeautyempire
#sjbeautyempire