Monday 27 March 2017

Kesiann

Assalamualaikum!

Sekarang tepat jam 12:01AM,
buang tabiat ke pe update blog memalam 😅

Ahak! Kesian blog ni terabai. Disebabkan daku yang terlalu busy sejak dua menjak tiga menjak ni, maka aku tak da masa nak mengesahkan blog ni.

Yang mana ada follow blog ni, sila jangan bosan. Ohh yaa, follower pun ada dua ketul. Hahaha sedih diknon. Takpa, blog lama dah tak boleh bukak, so kita create blog baru.

Hokey, esok update lagi ye, mood sendu jap sebab pakwe hilang entah kemana 😭

Good night!

Saturday 4 March 2017

Impian Seorang Picisan

Assalamualaikum 💜


Dari kecik lagi saya suka pada kecantikan. Ingat lagi sewaktu umur saya 5 tahun rasanya, saya suka curi-curi pakai gincu mama. Entah kenapa nampak je gincu 'happy' gila. Sampai patah laa gincu saya tenyeh. Haha

Entah kenapa waktu tu, suka sangat dengan lipstick. Mungkin sebab ikut jejak mama saya dulu.

Sampai lah bila dah besar ni makin membuak buak perasaan suka tu, nampak je benda cantik, sukaaa, nampak je benda cantik, sukaaa. Memang suka laa tengok benda benda yang cantik. Tapi dah namanya perempua, memang kebanyakannya suka bab kecantikan ni.

Disebabkan terlalu taksub dengan bab kecantikan, lalu lepas SPM saya terus apply diploma dalam pengurusan kecantikan. Tapi, mulanya dapat tentangan dari ayah.

"Kamu betul ke nak ambik bidang tu? Kamu dah fikir elok elok ke? Ade ke kerja nanti? Jangan lepas belajar mengangur dah laa.. "

Bila ayah cakap macam tu, memang sedikit sebanyak rasa 'down'. Semangat menurun. Rasa macam ditampar tampar dilempang lempang sebab apa yang kita nak tak disetuju. Sakitnya tu disini di dalam hati ku tauuu rasanya.

Tapi, biasa laa dulu umur 19 tahun memang perasaan memberontak, saya pulak jenis yang kalau nak, memang nak jugak. Darah muda la katakan, ikot je hati ni.

Alhamdulillah, lepas 3 tahun belajar dalam bidang kecantikan, saya berjaya mendapat segulung Diploma. Sebab minat yang mendalam dalam bidang kecantikan, In shaa Allah, suatu hari nanti saya akan keluarkan produk kecantikan dan kesihatan untuk kulit. Mohon yang membaca cerita saya ini mendoakan kejayaan saya. In shaa Allah.

Ikot lah kata hati, jika betul betul nak, buat sampai jadi dan buktikan pada orang yang merendahkan kita yang kita mampu buat.




Belajar Menulis

Assalamualaikum 💜

Sedar tak sedar dah hampir dua minggu belajar menulis dengan Tuan Fendy, yang berkhidmat sebagai Senior Optical Consultant di Ipoh.

Perasaan kali pertama tu memang 'excited' sebab saya memang suka menulis sejak tahun 2011 di blog. Walaupun penulisan saya tunggang langgang dan syok sendiri, tapi saya tetap nak juga belajar menulis. Orang kata menulis ni dapat menenangkan jiwa dan meluahkan ilham.

Pernah suatu dulu, saya bercita-cita nak menjadi seorang penulis buku Fixi. Jangan gelak tau, sebab tu impian saya masa tu haha. Ingat lagi waktu mula-mula Tuan Fendy bagi beberapa tugasan untuk saya siap kan, perasaan menulis buat kali pertama dengan cara berhemah tu memang payah juga, sebab saya biasa menulis dengan gaya kampung, pasar dan santai. Memang 'berdebor' bak kata orang Perak. Memang takda 'confident' level yang tinggi.

Tapi, berkat ilmu saya yang senipis kulit bawang ni saya pun 'apply' dalam tugasan. Tak apa la kalau Tuan nak komen teruk pun asalkan teguran tu membina. Lagipun Tuan dan janji nak ajar sampai pandai. Terus bersemangat waja 💪

Lepas selesai siapkan tugasan yang Tuan Fendy bagi, malam tu saya terus 'submit'. Dalam hati ni apalah yang Tuan akan komen. Lama dah tak menulis, saya rasa memang 'hancus' laa.

Tuan Fendy typing..............

"Good job akak! Bagus! Akak ada bakat menulis, jangan sia-siakan, buat story hari-hari tau.."

Dapat je whatsapp dari Tuan Fendy, terus kembang setaman. Haha cuma ada la dia tegur tegur sikit mengenai ayat-ayat. Tapi allahamdulillah, sejak belajar dengan Tuan Fendy ni saya sendiri dapat rasakan memang banyak 'improvement' dalam penulisan saya. 'Excited' nak belajar lagi. Terima kasih Tuan.